Seni Kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki olehumat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubaan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. Sehubungan dengan itu, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) pada tahun ini, telah mengetengahkan seni khat dengan perkataan ZAKAT sebagai wadah untuk memertabatkan seni kaligrafi Islam dan seterusnya tulisan Al-Quran sebagai suatu kesenian Islam yang unggul. (Ditiru dari kalendar L.Z.S.) lembaga zakat selangor.

Selasa, 13 Januari 2009

Surah Al-Fath (Kemenangan)

  


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Baca surah ini untuk selamatkan palestin!

Khamis, 8 Januari 2009

Khat Kufi Fatimi






























TENTANG: Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq (berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.

Khat Diwani Jali





















TENTANG: Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah oleh khattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.

Khat Ijazah


TENTANG: Khat ini dicipta/diambil dari dua jenis khat iaitu Nasakh dan Thuluth. Ini bermakna khat Ijazah merupakan adunan dua jenis khat menjadi satu. Dinamakan Ijazah kerana Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat. Maka guru khat tersebut akan menuliskan ijazah yang memperakui muridnya adalah orang yang berkelayakkan dalam bidang seni khat, ia juga digunakan untuk tandatangan sultan dan kalifah.

Khat Huruf Taj













TENTANG: Al-Taj bermaksud mahkota. Bentuk ini dicipta oleh pakar khat Mesir Muhammad Mahfiz pada zaman pemerintahan Raja Ahmad Fuad 1349H dengan meletakkan satu tanda seperti lam alif terbalik (seperti bentuk mahkota) di atas kepala huruf Nasakh dan ada juga di atas huruf Riq'ah.

Khat Nasakh



TENTANG: Dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah. Tulisan Nasakh munculpada akhir abad ke 3H/8M dan berkembang meluas pada penghujung abad 4H/9M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan, mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah.

Khat Farisi


TENTANG: Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.